Kebathilan Mujassimah

Mufti Banjar Al-Syaikh al-^Allamah Muhammad Arsyad ibn ^Abdillah al-Banjari (L.1122H – W. 1227H) berkata di dalam kitabnya
Tuhfatur-Raghibin berkenaan hukum orang yang mengatakan “Allah jisim yang tidak sama dengan jisim-jisim lain”:

“(Adapun kaum Mujassimah) maka setengah daripada mereka itu iktiqad bahawa Allah ta^ala itu jauhar yang maujud dan (setengah) mereka itu bahawa Allah ta^ala itu JISIM tetapi tiada seperti JISIM yang lain,

(dan setengah) mereka itu iktiqadnya bahawa Allah ta^ala seperti rupa manusia,

dan (setengah) mereka itu iktiqadnya bahawa ada bagi Allah ta^ala daging dan darah dan anggota muka dan tangan dan kaki dan jari,

(dan) setengah mereka itu iktiqadnya bahawa ada Allah ta^ala bagi-Nya rupa (tetapi) tiada kamu mengetahui betapa rupa-Nya,

(dan) setengah mereka itu iktiqadnya bahawa Allah ta^ala datang dan turun dengan zat-Nya seperti bergerak dan berpindah daripada sesuatu tempat kepada suatu tempat,

(dan setengah) mereka itu iktiqadnya bahawa Allah ta^ala duduk di atas Arasy,

(dan setengah) mereka itu iktiqadnya bahawa Allah ta^ala masuk pada Arasy dan Arasy itulah tempat kediaman-Nya,

(Syahdan adalah) perpegangan setengah kaum Mujassimah pada iktiqadnya yang tersebut itu zahir (ayat) dan hadith yang mutasyabih dan dinamai pula kaum Mujassimah itu Musyabbih,

(kata Imam Fakhruddin ar-Razi) yang mujassimah itu musyabbih dan musyabbih itu KAFIR (kerana) diisbatkannya bagi hak Allah ta^ala berjisim dan akan jisim itulah yang disembahnya (dan barangsiapa) menyembah jisim maka sanya jadi KAFIR (kerana) ia menyembah yang lain daripada Allah ta^ala,

(Kata Imam Ahmad radiyallahu ^anhu) barangsiapa mentasybihkan Allah ta^ala dengan makhluk (maka) sanya jadi KAFIR,

(dan kata Sohib Jawahir Nafisah) barangsiapa meiktiqadkan Allah ta^ala itu jisim (maka) sanya jadilah ia KAFIR”. Intaha.

Rujukan: Tuhfatur-Raghibin fi Bayan Haqiqah Iman al-Mu’minin

oleh al-Syaikh al-^Allamah Muhammad Arsyad ibn ^Abdillah al-Banjari,  Matba^ah Bin Halabi, Fatoni, hlm. 17.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s